Tuesday, November 2, 2010

~Artikel tentang insan bergelar wanita~


Menyentuh soal wanita, lelaki bisa mabuk cinta..keindahan wajah, kelembutan, santun kata segalanya tentang wanita bisa mengkhayalkan..Saya juga seorang wanita dan saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita..bukan mudah taw menjadi seorang wanita sebab banyak perkara yang perlu dijaga, diambil perhatian dan sangat khusus. Contohnya soal peribadi dan akhlak, kecantikan, kesihatan dan agamanya sendiri kerana wanita itu sendiri diiktiraf oleh Allah SWT dan diangkat darjatnya..Hebat kan??So, Kaum Adam bersyukurlah kerana ada wanita di sisi anda tidak kira lah siapa dia ibu anda, kakak atau adik, makcik, nenek atau pasangan anda yang sangat disayangi...Cewahh, mukaddimah panjang sekali yerr...hehe.. Wanita ni sinonim dengan dunia 'window shopping'nya, dunia melaramnya, mungkin juga wanita yang workaholic, aktif berbisnes, bijak memasak dan sebagainya. So, saya tak nak sentuh soal tu kerana wanita-wanita di luar sana pasti tahu anda di bahagian yang mana kan. Kadang-kadang pernah tak terfikir dalam sibuk melakukan kerja tu, wanita ni kuat mengeluh dan kuat mengomen..ops!! ada sesetengah la macam tu kan..then, when someone tocher you, marah-marah you, complain about you tak semena-mena wanita mudah sangat menangis..yalah, takkan korang menangis tak bersebab kan. Lagi-lagi la bila kena marah dengan boyfriend, bukan main lagi nangis tak berlagu..niat hati minta dipujuk la tuu...hohoho..:p Kenapa wanita mudah menangis? kena tegur sket, menangis.. boyfriend suruh cari boyfriend lain, menangis..eh, tak tak..bukan macam tuh, analogi dah salah hehe..just nak bagitawu WANITA MEMANG MUDAH MENANGIS!!kadang-kadang sampai meleleh air-air hijau..euww!!agak-agaknya kenapa ek?? Mengikut Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari..Hebat..So, 5 faktor utama penyumbang kepada titisan air mata ni ialah; Hormon Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan..dooh!!
Manipulasi Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain..eheee..buat2 paham la ek..
Emosi Keikhlasan wanita juga menangis selalunya menunjukkan ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunakan kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap sesuatu situasi..Betul??
Memori Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan..

"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya..Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.."

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

So, menangislah jika anda hendak menangis..^_^

No comments:

Post a Comment