Wednesday, November 3, 2010

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya

KELAKARNYA SUAMI AKU NIH....


p/s: petikan ini diambil dari facebook....sweet sgt...mesti ceria je rumah tangga..hehe..cm x sbr je nk dirikan rumah tangga tapi calon pn x de so tggl mimpi jela..hehe..

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin. Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati… Eiiiii…geramnya aku!!!Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..”Lah..awat tak tanya…” Eiii..geramnya aku!!!Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!.Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”Eiiii..geramnya aku!!!!Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”Eiii…geramnya aku!!!Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kotTapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!Eiii…geramnya aku!!!Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihiPertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…Ishkk..awak ni..tak berasan ker??Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awakkata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai sayajadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…Ishkk..awak ni..tak berasan ker??Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,

Suamimu


Tuesday, November 2, 2010

~David Archuleta-Something About Love~



Every night it’s all the same
You’re frozen by the phone

You wait, something’s changed

You blame yourself every day

You’d do it again

Every night

There’s something ’bout love

That breaks your heart

Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love

That tears you up

Whoa oh oh oh

You still believe

When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart

Whoa oh oh oh…

But don’t give up

There’s something ’bout love

When you were young

Scared of the night

Waiting for love to come along

And make it right

Your day will come, the past is gone

So take your time

And live and let live

There’s something ’bout love

That breaks your heart

Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love

That tears you up

Whoa oh oh oh

You still believe

When the
world falls down like the rain It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart

Whoa oh oh oh…
But don’t give up

There’s something ’bout love
Don’t fight Don’t hide
Those stars
in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight
Let em’ shine tonight
Hang on Hang in For the ride of your life It’s gonna be alright
Hold on tight
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh
oh oh
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh
oh oh It sets you free
There’s something ’bout love

That tears you up
Whoa oh
oh oh
You still believe

When the world falls down like the rain It’ll bring you to your knees (to your knees)
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh o
h oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love
Whoa oh oh oh..
Set’s you free

There’s something bout love

That tears you up

Whoa oh oh oh

You still believe

When the world falls down like the rain



~Artikel tentang insan bergelar wanita~


Menyentuh soal wanita, lelaki bisa mabuk cinta..keindahan wajah, kelembutan, santun kata segalanya tentang wanita bisa mengkhayalkan..Saya juga seorang wanita dan saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita..bukan mudah taw menjadi seorang wanita sebab banyak perkara yang perlu dijaga, diambil perhatian dan sangat khusus. Contohnya soal peribadi dan akhlak, kecantikan, kesihatan dan agamanya sendiri kerana wanita itu sendiri diiktiraf oleh Allah SWT dan diangkat darjatnya..Hebat kan??So, Kaum Adam bersyukurlah kerana ada wanita di sisi anda tidak kira lah siapa dia ibu anda, kakak atau adik, makcik, nenek atau pasangan anda yang sangat disayangi...Cewahh, mukaddimah panjang sekali yerr...hehe.. Wanita ni sinonim dengan dunia 'window shopping'nya, dunia melaramnya, mungkin juga wanita yang workaholic, aktif berbisnes, bijak memasak dan sebagainya. So, saya tak nak sentuh soal tu kerana wanita-wanita di luar sana pasti tahu anda di bahagian yang mana kan. Kadang-kadang pernah tak terfikir dalam sibuk melakukan kerja tu, wanita ni kuat mengeluh dan kuat mengomen..ops!! ada sesetengah la macam tu kan..then, when someone tocher you, marah-marah you, complain about you tak semena-mena wanita mudah sangat menangis..yalah, takkan korang menangis tak bersebab kan. Lagi-lagi la bila kena marah dengan boyfriend, bukan main lagi nangis tak berlagu..niat hati minta dipujuk la tuu...hohoho..:p Kenapa wanita mudah menangis? kena tegur sket, menangis.. boyfriend suruh cari boyfriend lain, menangis..eh, tak tak..bukan macam tuh, analogi dah salah hehe..just nak bagitawu WANITA MEMANG MUDAH MENANGIS!!kadang-kadang sampai meleleh air-air hijau..euww!!agak-agaknya kenapa ek?? Mengikut Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari..Hebat..So, 5 faktor utama penyumbang kepada titisan air mata ni ialah; Hormon Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan..dooh!!
Manipulasi Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain..eheee..buat2 paham la ek..
Emosi Keikhlasan wanita juga menangis selalunya menunjukkan ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunakan kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap sesuatu situasi..Betul??
Memori Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan..

"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya..Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.."

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

So, menangislah jika anda hendak menangis..^_^

~malam tuk release tension~

hari ini sume2 dak final year dapat 1 berita penting iaitu tarikh presentation PSM ditunda dari 4&5 Nov ke 25&26 Nov...berita gembira @ sdeh..ssh nak cakp..aku pn actually not already prepared my self to face it..maybe it's opportunity to improve my PSM...sem ni yg sgt bz wat PSM ku x berjalan dgn jayanya...masa tuk diri sndri pn x de...pas tau tarikh PSM ditunda rasa cam ilang sket beban kt kepala ni..lega ke?...huhu...dak2 umah dah plan nk g jalan2..nk release tension kata ye..mlm td ada plan ngan aza, dyla n adah kuar..ajat ye nk g smbut besday adah yg telah tertangguh sejak lama..lagipn dh lama x kuar sama..so ktorg pn g la jalan2..mulanya g jusco..just window shopping je..then g mkn kt tepi pantai..best bangat..angin pantai yang bertiup wat aku rasa segar..huhu..selepas menjamu selera, ktorg dok tepi pntai...luahkan segala masalah kt pantai..rase lega sket...masalah itu telah pergi bersama ombak...
then after blek 2 ada roadblock lak masa nk smpi simpang masuk pangsapuri..adaoyai..kete adah ada prob..lampu brek x nyala..mmg kete adk dia ada prob pn..esk dia nk blek batu pahat nk g repair tp x sgka lak kete 2 wat hal lak..dh cuak dh..abg polis 2 dh amik IC nk saman kata ye..pas dia tulis kt file dia then dia suruh cepat2 pegi..huhu..tq la abg polis..nsb baik 1 kg ngan adah kira dia nk tlg adah la..:)..hepi rase..klu x nk mintak tlg ayah dyla je cz ayah dia polis..syukur2..he3..end

Sunday, October 18, 2009

huhu...

salam semua...maaf lama sg x update blog ni...sbk dgn keje....sori ye..skrg klu nk kira masa mmg x ckp 24jam bg kyorg..pas siap 1, satu keje lagi menanti wat ktorg..insyaAllah mggu dpn beres kot sume...mggu lepas lg tension..mcm2 mslh..pe lagi sal assgmnt en sani la..sumo...sumo!!!
huhu...mggu ni exhibition lak..mcm2 la...kn la wat elok2 nk tmbh mark katekn...ada 2 test lak 2..ayo!!manyak penings....huhuh...
erm...ngan mslh hubungan lagi...ngan abah saket lg ='(...x sape mengerti ati ni...dh nk kongsi cite ngan sape???...erm..nk menyepi???wat bodoh??...nmpk ye kena tgk la muka aku ni no mood tiap2 ari..nk cite kt boy sndr pn dia pn tah la...tension!!..
mgkn btl kate housemate aku, single lg ok...x perlu fkr sal sape2...tp aku nk ke cm 2???erm...ya Allah berila kekuatan bgku ini...ya rabbalalamin...



* klu aku sdeh msti aku teringatkn lagu ni...
merinduimu-

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

reff:
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

repeat reff


*kdg2 lagu ni pn ada kena mengena ngan ati aku...huhu

Rintihanku Assaufee

Jauh perjalanan
Telahku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju satu daerah
Masihkah ada
Sinar yang menanti

Masa dijanji pasti tiba
Ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkah ku terhenti
Ku terpaut dipersimpangan
Tak inginku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua
Jadi kenangan

KeranaMu kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa

Leraikanlah rasa hatiku
Padaku hanya Engkau Yang Satu
Belum pernah ku terasa
Hebatnya cintaMu

Sesungguhnya Engkau mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku mohon rasa kasih yang abadi

Jujur ikhlaskah hati ini
Menyintai Mu sepenuh hati
Ataukah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasihMu tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan..

Thursday, August 13, 2009

Langkah-langkah Pencegahan H1N1

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.Oleh itu, Langkah-langkah Pencegahan perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini dijangkiti.

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  • Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  • Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan